10 September 2010, umat islam di Malaysia akan menyambut hariraya. Sejak semalam, KitaKini banyak menerima ucapan hariraya. Dalam kesempatan ini KITAKINI juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Edil Fitri kepada semua kawan-kawan di FB atau Blog, Moga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT.
Sep 9, 2010
Sep 4, 2010
Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal
Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.
Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.
Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM
dipetik daripada Berita Harian

Balik Kampung
Minggu ini bermulalah pesta balik kampung.Pergi saja ke pusat-pusat perhentian samada teksi atau bas pastinya penuh sesak ratusan orang pelbagai golongan bangsa dan agama mengambil peluang untuk menyambut hari raya di kampung halaman sendiri. Bagi saudara kita yang tidak beragama Islam, inilah peluang untuk mengambil cuti bersama-sama keluaraga disamping menziarahi kawan-kawan yang beragama islam semasa musim perayaan nanti sesuai dengan slogan terkini SATU MALAYSIA.
Pun begitu, KitaKini mengingatkan agar keselamatan perlu diberi keutamaan, sikap toleransi semasa dalam perjalanan perlu diambil kira.Jangan sampai hari lembaran disambut dengan kesedihan akibat kecuaiaan sesama kita. Sehubungan dengan itu usaha Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan pengawasan terhadap laluan `sakaratulmaut atau lokasi nahas maut di seluruh negara sepanjang Ops Sikap ke-22 yang dilancarkan sempena Aidilfitri, bermula semalam adalah sangat-sangat dialu-alukan. Bagaimanpun KitaKini mengingatkan bahawa kita pengguna jalanraya perlu memberi kerjasama sepenuhnya terhadap usaha-usaha pihak tertentu untuk mengurangkan kemalangan dalam tempoh perayaan ini.
Datuk Seri Najib Razak semalam merayu pengguna jalan raya memandu dengan penuh cermat dan berhemah pada musim perayaan ini bagi mengelakkan jalan raya di negara ini bertukar menjadi sungai maut.
Semalam,Perdana Menteri berkata, sikap berhati-hati dan mengutamakan keselamatan di jalan raya bukan saja dapat mengurangkan risiko kemalangan, tetapi turut menjamin keselamatan pemandu lain. KitaKini berpendapat sekiranya kita hayati dan laksanakan nasihat Perdana Menteri, risiko kemalangan dapat dikurangkan.
Subscribe to:
Posts (Atom)