Aug 12, 2010

YB Ahli Parlimen Kinabatangan terlepas

Keputusan Mahkamah melepaskan YB Ahli Parlimen Kinabatangan daripada  hukuman penjara satu bulan seharusnya difikirkan secara positif. Apapun keputusan tentunya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Mahkamah mempunyai alasan tersendiri untuk melepaskan tertuduh daripada hukuman penjara. Manakala pihak-pihak yang berkepentingan  juga mempunyai pandangan yang berbeza. Cuma bila ianya diputuskan secara kehakiman seharusnya, sebarang ketidakpuasan hati tersebut haruslah dibuat secara kehakiman juga.

Kitakini berharap agar keputusan Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah, telah membuka mata kepada semua pihak, agar apa-apa pun tindakan yang melibatkan perkahwinan mestilah merujuk kepada Jabatan agama dan seterusnya Mahkamah Syariah. Kerana sebarang ketidak patuhan adalah merupakan kesalahan dan bila berlakunya kesalahan sudah tentu adanya hukuman yang menunggu.

Kitakini melihat, terdapat perubahan ketara dalam perundangan Syariah terutamanya yang melibatkan kehakiman Syariah. Hakim-hakim syar'ie sudah berani memutus dan membuat hukuman-hukuman yang dalam bidangkuasanya. Sepatutnya budaya ini perlu diteruskan agar Mahkamah Syariah dapat dilihat oleh masyarakat berjalan seiring dengan Mahkamah Sivil.

Akhirnya kepada saudara-saudara yang berminat untuk berkahwin lebih daripada seorang dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada agensi-agensi agama agar kesalahan kemudian dapat dihindari. 

1 comment:

Anonymous said...

kalau kita telah bersedia dengan keputusan tersebut, maka positiflah ia.