Aug 8, 2010

Rintihan dan harapan rakyat

Cuti hujung minggu memberi peluang kepada Kita Kini untuk balik ke kampung. Walaupun hanya sehari suntuk  namun ianya tetap meriah dengan kehadiran saudara-saudara dan kawan-kawan di sebuah kedai minum milik penduduk kampung. Berjumpa kawan-kawan dan sanak saudara sambil mengimbau pengalaman silam. Jarak masa yang lama rupa-rupanya telah banyak mengubah kehidupan mereka.
 
Apabila teringatkan kata-kata seorang kawan, mungkin ada kebenarannya. Kerapkali di akhbar dan majalah menonjolkan segelintir anak desa di Malaysia khususnya di kawasan pedalaman atau luar bandar yang berjaya tetapi tidak ada yang bertanya berapa peratus yang berjaya ?
Dari pengalaman saya sebagai anak seorang petani seolah-olah tiada hala tuju. masih ramai daripada mereka tercicir dalam pelajaran. Malahan seorang kawan lama saya memberitahu bahawa seorang anaknya bersekolah hanya tahun satu atau dua. Ramai juga yang mencari pekerjaan di bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Singapura.
Mungkin juga kita pelik jika diberitahu, kebanyakan anak-anak petani kurang berminat bekerja di ladang/kawasan sawah padi mereka.
Namun pernahkah kita mengkaji dan meneliti kenapa mereka ini tidak berminat untuk meneruskan perjuangan ibubapa mereka walaupun kawasan tanah terbentang luas untuk diterokai.
Dalam perjalanan pergi dan balik,penulis melihat Kg.Tengkurus Kota Belud yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N7 Kadamaian sejak 46 tahun yang lalu, masih tetap sama. tidak banyak yang berubah, kecuali elektrik, talian telepon dan bekalan air graviti yang tidak menentu manakala jalan raya masih seperti dulu, tidak beraspal.


Penulis melihat ada beberapa Langkah yang Perlu Diambil samada pihak YB Ahli Parlimen atau Ahli dewan Undangan negeri di kawasan tersebut :
1. Naiktarafkan jalan raya ke kampung tersebut. Selepas lebih 52 tahun negara kita merdeka, keadaan jalanraya masih mendukacitakan. Seolah-olah kemajuan yang dicanang oleh YB tidak pernah sampai ke sana. Bukannya jarak ke kampung itu jauh sangat ke Pekan Kota Belud hanya 18 km.Telah ramai YB yang pernah menjenguk atau singgah di sana, termasuk YAB Ketua Menteri Sabah yang ada sekarang, tetapi masih tidakberubah.
2. Pihak Pejabat Perhubungan Ahli Parliment dan Dewan Undangan Negeri perlu mengambil tahu hal-hal kemudahan jalanraya di kampung yang terlibat.Jika kemudahan tersebut dapat disediakan, ianya akan menberi galakan kepada anak-anak peneroka untuk mempusakai perjuangan ibubapa mereka untuk mengusahakan kawasan-kawasan tanah terbiar. Mereka dapat membawa hasil-hasil keluaran ke tamu-tamu dan sebagainya.
Apa yang saya nyatakan bukan sebagai " anti kerajaan", tetapi sebagai anak watan yang cintakan pembangunan adalah wajar bagi saya untuk menyampaikan saranan keluhan setiap penduduk kampung yang terlibat.
Apa yang menyedihkan sedikit masa lagi pembentangan bajet akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri dan seperti biasa peruntukan pembanguan luar bandar dikalangan yang tertinggi... namun perlukan mereka ini menunggu untuk 52 tahun lagi bagi menikmati kemudahan asas seperti jalanraya yang berturap.
Penduduk ini memutuskan bahawa adalah diharap agar kepimpinan baru Datuk Sri Salleh Tun Said dalam UMNO disamping Ahli Parliment dan dewan Undangan Negeri Sabah boleh membantu memperjuangkan perkara ini. 

No comments: