Sep 9, 2010

Selamat Menyambut eidul fitri almubaraq

10 September 2010, umat islam di Malaysia akan menyambut hariraya. Sejak semalam, KitaKini banyak menerima ucapan hariraya. Dalam kesempatan ini KITAKINI juga ingin mengucapkan Selamat Menyambut Edil Fitri kepada semua kawan-kawan di FB atau Blog, Moga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT.

Sep 4, 2010

Minyak sapi jenama QBB Pure Ghee tidak halal

Pengguna beragama Islam diingatkan supaya tidak membeli dan menghentikan pengambilan minyak sapi jenama QBB Pure Ghee yang sudah ditarik balik status halalnya oleh Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) 19 Ogos lalu kerana didapati mengandungi elemen yang meragukan.
Meskipun arahan untuk menarik balik barangan ini dari pasaran sudah dikeluarkan, namun berikutan permintaan tinggi bahan itu ketika Ramadan terutama menjelang sambutan Aidilfitri, pengguna dinasihatkan supaya memilih produk yang diyakini halal sebagai alternatif.
 
Pegawai Kerja Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Mohd Mustaffa Hamzah, juga menggesa syarikat pengeluar produk berkenaan, QBI Packaging Sdn Bhd menarik balik semua produk itu dalam pasaran kerana ia boleh mengelirukan pengguna Islam kerana tanda halal masih ada pada produk itu walaupun sudah ditarik balik oleh JAKIM
 
dipetik daripada Berita Harian

Balik Kampung

Minggu ini bermulalah pesta balik kampung.Pergi saja  ke pusat-pusat perhentian samada teksi atau bas pastinya penuh sesak ratusan orang pelbagai golongan bangsa dan agama mengambil peluang untuk menyambut hari raya di kampung halaman sendiri. Bagi saudara kita yang tidak beragama Islam, inilah peluang untuk mengambil cuti bersama-sama keluaraga disamping menziarahi kawan-kawan yang beragama islam semasa musim perayaan nanti sesuai dengan slogan terkini SATU MALAYSIA.

Pun begitu, KitaKini mengingatkan agar keselamatan perlu diberi keutamaan, sikap toleransi semasa dalam perjalanan perlu diambil kira.Jangan sampai hari lembaran disambut dengan kesedihan akibat kecuaiaan sesama kita. Sehubungan dengan itu usaha Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) meningkatkan pengawasan terhadap laluan `sakaratulmaut atau lokasi nahas maut di seluruh negara sepanjang Ops Sikap ke-22 yang dilancarkan sempena Aidilfitri, bermula semalam adalah sangat-sangat dialu-alukan. Bagaimanpun KitaKini mengingatkan bahawa kita pengguna jalanraya perlu memberi kerjasama sepenuhnya terhadap usaha-usaha pihak tertentu untuk mengurangkan kemalangan dalam tempoh perayaan ini.

Datuk Seri Najib Razak semalam merayu pengguna jalan raya memandu dengan penuh cermat dan berhemah pada musim perayaan ini bagi mengelakkan jalan raya di negara ini bertukar menjadi sungai maut.


Semalam,Perdana Menteri berkata, sikap berhati-hati dan mengutamakan keselamatan di jalan raya bukan saja dapat mengurangkan risiko kemalangan, tetapi turut menjamin keselamatan pemandu lain. KitaKini berpendapat sekiranya kita hayati dan laksanakan nasihat Perdana Menteri, risiko kemalangan dapat dikurangkan.

Aug 31, 2010

Amalan 10 terakhir bulan ramadhan

DARIPADA Aisyah, sesungguhnya Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: "Berusahalah untuk mencari lailatul qadar pada malam yang ganjil dari sepuluh malam terakhir di bulan Ramadan." (Hadis riwayat al-Bukhari).
Malam lailatul qadar adalah satu malam paling istimewa yang ditunggu-tunggu semua umat Islam, satu malam penuh rahmat dan nikmat paling besar daripada Allah SWT.

Umat Islam hendaklah mengambil peluang ini dengan berusaha bersungguh-sungguh memperbanyakkan amal ibadat di malam kesepuluh akhir bulan Ramadan iaitu dengan mengerjakan sembahyang tarawih, membaca al-Quran serta berzikir kerana Allah SWT akan memberi keampunan bagi mereka yang menghidupkan malam itu. Lailatul qadar adalah tanda kasihnya Allah kepada hambanya yang beriman dan beramal soleh yang beribadah semata-mata mengharapkan keredaan dan keampunan daripada-Nya.
Berlakunya malam Lailatul Qadar itu hanya Allah saja mengetahuinya, bila masa dan kepada siapa yang dapat daripada kalangan hamba-Nya yang dikehendakinya 

Aug 30, 2010

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan kali ke 53

Esok genaplah umat Islam berpuasa yang ke 21 hari dan esok jugalah kita rakyat Malaysia akan menyambut hari kemerdekaan yang ke 53. Kita Kini mengucapkan selamat menyambut hari kemerdekaan kepada semua Rakyat Malaysia moga kemerdekaan ini diberkati sesuai dengan 10 hari terakhir bulan ramadhan. Kita sama-sama hayati puisi Osman Awang berjudul " Jiwa Hamba"
Ingat kembali kata sakti,
dari bahang kesedaran berapi,
di atas robohan Kota Melaka,
kita dirikan jiwa Merdeka'

Perkim Cawangan daerah Kota Belud

Penubuhan Perkim atau Persatuan Kebajikan Islam Malaysia mampu memberi impak yang besar terhadap umat islam di daerah Kota Belud khususnya kepada saudara-saudara baru dalam memantapkan lagi pengetahuan mereka terhadap agama Islam.

Pengerusi Perkim cawangan Kota Belud Saudara Awadnir, yang juga selaku Timbalan Ketua Bahagian UMNO Kota Belud berharap  penubuhan ini akan memantapkan lagi perkembangan dakwah di daerah ini. Sehubungan dengan itu, semasa mempengerusikan mesyuarat tersebut, beliau mengumumkan bahawa Yayasan Awadnir mewakafkan seluas 50 ekar tanah kepada PERKIM bagi tujuan pembinaan Pusat Bimbingan Saudara Baru dan Pusat Pengajian Tahfiz. Manakala Penolong Setiausaha Agung Perkim Sabah,, saudara Jonathan Kandoh mengalu-alukan sumbangan tersebut dan akan memaklumkan kepada pengurusan tertinggi Perkim mengenai sumbangan tersebut.

Aug 15, 2010

Satu lagi mayat bayi ditemui

Satu lagi mayat bayi perempuan yang dibuang ditemui dalam sebuah beg galas berwarna hitam di tebing Sungai Tambun dekat Kota Damansara di Petaling Jaya hari ini.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata bayi berkenaan, yang masih bertali pusat, ditemui tiga lelaki yang menjala ikan di sungai itu pada pukul 11.40 pagi.

"Tiga lelaki itu ternampak sebuah beg dalam keadaan mencurigakan dan bertindak memeriksanya sebelum menemui mayat bayi perempuan yang cukup sifat.

"Mayat bayi malang ini dibungkus dengan tuala dan kain hijau yang menyerupai kain digunakan di hospital untuk membalutnya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.

Beliau berkata polis akan menyiasat sama ada kain itu adalah milik mana-mana hospital untuk memastikan sama ada bayi itu dilahirkan di hospital.

Arjunaidi berkata bayi itu, yang berkulit gelap, tidak mengalami kecederaan dan dipercayai dilahirkan dalam tempoh 24 jam lepas dan mati sebelum dibuang di kawasan itu.

Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar dalam status di laman sosial Facebook berkata ketika ditemui, keadaan mayat bayi itu masih segar dan dipercayai baru sahaja ditinggalkan di tebing sungai itu serta masih ada kesan najis bayi.

Sementara itu, seorang saksi Badrul Abdul Rashid, 24, yang berasal dari Sungai Buloh berkata beliau dan dua lagi rakan terkejut apabila ternampak kaki bayi ketika membuka beg itu sebelum melaporkan kepada pengawal keselamatan di kondominium berdekatan.

"Ketika menjala ikan, kami ternampak beg itu dan berasa tidak sedap hati. Ketika mahu pulang, rakan saya mengajak untuk memeriksa beg berkenaan.

"Bila kami buka, kami terkejut apabila sepasang kaki bayi menjulur keluar. Kami lantas melaporkan pada pengawal keselamatan sebelum dia men

- Bernama

Aug 13, 2010

Hukuman berat terhadap pembuangan bayi

Keputusan kerajaan mengarahkan polis menyiasat kes pembuangan bayi sebagai kes percubaan bunuh atau bunuh yang boleh dijatuhi hukuman gantung bagi memastikan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu menerima hukuman berat adalah merupakan pengajaran kepada pelaku dan masyarakat keseluruhan agar tidak mengulangi perbuatan tersebut.
Kes bunuh disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman gantung sampai mati, manakala kes percubaan membunuh mengikut Seksyen 307 kanun sama membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.
Sebelum ini, semua kes pembuangan bayi disiasat mengikut Seksyen 31 Akta Kanak-kanak yang boleh dihukum denda maksimum RM20,000 atau penjara 10 tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Aug 12, 2010

Bonus bulan Ramadhan


Setiap kali Ramadan tiba, kita akan terfikirkan tentang apa juadah yang akan dihidangkan waktu berbuka dan sewaktu bersahur?  Sebab itulah bila tiba Ramadhan,pasar Ramadan tumbuh macam cendawan selepas hujan sepanjang Ramadan manakala setiap gerai pula rata-rata dikerumuni pelanggan macam semut mengerumuni gula. Sepanjang perjalanan Kota Kinabalu ke Kota Belud, dapat dilihat sepanjang perjalanan sejauh 87 km terdapat warung kilat yang hanya muncul pada bulan Ramadhan saja. Cakap saja mahu makan apa? Semua jenis makanan yang dianggap lekeh dan tidak munasabah boleh didapati dan kebanyakannya laris pula walaupun tidak semuanya sedap tapi itulah bulan Ramadhan umpama bulan durian runtuh bagi para peniaga pelbagai juadah.


Bukan habis di gerai-gerai Ramadhan tetapi ianya menjadi tajuk utama percakapan di pejabat-pejabat kerajaan ataupun swasta ialah tentang apa yang mahu dijadikan juadah berbuka. Juga juadah untuk bersahur.  Tidak cukup dengan itu diceritakan pula warung mana yang paling bagus untuk membeli juadah.

Sebaliknya susah kita dengar perbincangan tentang berapa surah ataupun juzuk yang sudah dibaca, apa pengisian yang dibuat sepanjang bulan Ramadhan siang dan malam?
Kitakini berpendapat bahawa, walaupun bulan Ramadan memang bulan pesta, bulan bonus, bulan Mega sales dan aneka macam mega tetapi bukan dalam bentuk pesta melambakkan pelbagai juadah di meja makan, lebih-lebih lagi hingga sampai ke tahap menyumbang kepada pembaziran. 

Sepatutnya bulan Ramadhan ini kita jadikannya sebagai bulan untuk memperbanyak dan melipat gandakan ibadah dengan harapan memperolehi bonus pahala yang berlipat ganda berbanding dengan bulan-bulan biasa. Janganlah jadikan bulan ini adalah bulan bagi para penjual mendapatkan hasil yang lumayan sedangkan amal ibadat kita tidak meningkat pun dan tetap juga kekal  pada tahap biasa.

Sepertimana kita berpusu-pusu mencari juadah berbuka puasa, sepatutnya begitu juga halnya bila kita membincangkan soal-soal ibadat.
Rugi benar kalau kita tidak rebut peluang yang Allah sediakan sepanjang Ramadan.

YB Ahli Parlimen Kinabatangan terlepas

Keputusan Mahkamah melepaskan YB Ahli Parlimen Kinabatangan daripada  hukuman penjara satu bulan seharusnya difikirkan secara positif. Apapun keputusan tentunya tidak dapat memuaskan hati semua pihak. Mahkamah mempunyai alasan tersendiri untuk melepaskan tertuduh daripada hukuman penjara. Manakala pihak-pihak yang berkepentingan  juga mempunyai pandangan yang berbeza. Cuma bila ianya diputuskan secara kehakiman seharusnya, sebarang ketidakpuasan hati tersebut haruslah dibuat secara kehakiman juga.

Kitakini berharap agar keputusan Mahkamah Rendah dan Mahkamah Tinggi Syariah, telah membuka mata kepada semua pihak, agar apa-apa pun tindakan yang melibatkan perkahwinan mestilah merujuk kepada Jabatan agama dan seterusnya Mahkamah Syariah. Kerana sebarang ketidak patuhan adalah merupakan kesalahan dan bila berlakunya kesalahan sudah tentu adanya hukuman yang menunggu.

Kitakini melihat, terdapat perubahan ketara dalam perundangan Syariah terutamanya yang melibatkan kehakiman Syariah. Hakim-hakim syar'ie sudah berani memutus dan membuat hukuman-hukuman yang dalam bidangkuasanya. Sepatutnya budaya ini perlu diteruskan agar Mahkamah Syariah dapat dilihat oleh masyarakat berjalan seiring dengan Mahkamah Sivil.

Akhirnya kepada saudara-saudara yang berminat untuk berkahwin lebih daripada seorang dinasihatkan supaya mendapatkan pandangan daripada agensi-agensi agama agar kesalahan kemudian dapat dihindari. 

Aug 11, 2010

Selamat menyambut ramadhan al-mubarak

Kitakini mengucapkan selamat menyambut bulan ramadhan al-mubarak kepada semua muslimin dan muslimat

Aug 8, 2010

Rintihan dan harapan rakyat

Cuti hujung minggu memberi peluang kepada Kita Kini untuk balik ke kampung. Walaupun hanya sehari suntuk  namun ianya tetap meriah dengan kehadiran saudara-saudara dan kawan-kawan di sebuah kedai minum milik penduduk kampung. Berjumpa kawan-kawan dan sanak saudara sambil mengimbau pengalaman silam. Jarak masa yang lama rupa-rupanya telah banyak mengubah kehidupan mereka.
 
Apabila teringatkan kata-kata seorang kawan, mungkin ada kebenarannya. Kerapkali di akhbar dan majalah menonjolkan segelintir anak desa di Malaysia khususnya di kawasan pedalaman atau luar bandar yang berjaya tetapi tidak ada yang bertanya berapa peratus yang berjaya ?
Dari pengalaman saya sebagai anak seorang petani seolah-olah tiada hala tuju. masih ramai daripada mereka tercicir dalam pelajaran. Malahan seorang kawan lama saya memberitahu bahawa seorang anaknya bersekolah hanya tahun satu atau dua. Ramai juga yang mencari pekerjaan di bandar-bandar besar seperti Kota Kinabalu, Kuala Lumpur dan Singapura.
Mungkin juga kita pelik jika diberitahu, kebanyakan anak-anak petani kurang berminat bekerja di ladang/kawasan sawah padi mereka.
Namun pernahkah kita mengkaji dan meneliti kenapa mereka ini tidak berminat untuk meneruskan perjuangan ibubapa mereka walaupun kawasan tanah terbentang luas untuk diterokai.
Dalam perjalanan pergi dan balik,penulis melihat Kg.Tengkurus Kota Belud yang terletak dalam kawasan Dewan Undangan Negeri N7 Kadamaian sejak 46 tahun yang lalu, masih tetap sama. tidak banyak yang berubah, kecuali elektrik, talian telepon dan bekalan air graviti yang tidak menentu manakala jalan raya masih seperti dulu, tidak beraspal.


Penulis melihat ada beberapa Langkah yang Perlu Diambil samada pihak YB Ahli Parlimen atau Ahli dewan Undangan negeri di kawasan tersebut :
1. Naiktarafkan jalan raya ke kampung tersebut. Selepas lebih 52 tahun negara kita merdeka, keadaan jalanraya masih mendukacitakan. Seolah-olah kemajuan yang dicanang oleh YB tidak pernah sampai ke sana. Bukannya jarak ke kampung itu jauh sangat ke Pekan Kota Belud hanya 18 km.Telah ramai YB yang pernah menjenguk atau singgah di sana, termasuk YAB Ketua Menteri Sabah yang ada sekarang, tetapi masih tidakberubah.
2. Pihak Pejabat Perhubungan Ahli Parliment dan Dewan Undangan Negeri perlu mengambil tahu hal-hal kemudahan jalanraya di kampung yang terlibat.Jika kemudahan tersebut dapat disediakan, ianya akan menberi galakan kepada anak-anak peneroka untuk mempusakai perjuangan ibubapa mereka untuk mengusahakan kawasan-kawasan tanah terbiar. Mereka dapat membawa hasil-hasil keluaran ke tamu-tamu dan sebagainya.
Apa yang saya nyatakan bukan sebagai " anti kerajaan", tetapi sebagai anak watan yang cintakan pembangunan adalah wajar bagi saya untuk menyampaikan saranan keluhan setiap penduduk kampung yang terlibat.
Apa yang menyedihkan sedikit masa lagi pembentangan bajet akan dibuat oleh YAB Perdana Menteri dan seperti biasa peruntukan pembanguan luar bandar dikalangan yang tertinggi... namun perlukan mereka ini menunggu untuk 52 tahun lagi bagi menikmati kemudahan asas seperti jalanraya yang berturap.
Penduduk ini memutuskan bahawa adalah diharap agar kepimpinan baru Datuk Sri Salleh Tun Said dalam UMNO disamping Ahli Parliment dan dewan Undangan Negeri Sabah boleh membantu memperjuangkan perkara ini. 

Aug 6, 2010

Kenduri Kesyukuran

WALAUPUN penduduk Kg.Tengkurus  berpuasa ada yang sudah mencapai puluhan tahun, namun kedatangan Ramadan tetap dinanti dengan penuh debaran untuk memenuhi tekad serta keazaman meningkatkan ketakwaan kepada Allah. Sehubungan dengan itu JawatanKuasa Masjid Kg.Tengkurus telah mengadakan kenduri sempena Iqbal Ramadhan.




Sempenan kenduri tersebut seorang ustaz telah dipanggil untuk menyampaikan tazkirah. Katanya, kesungguhan menanti kedatangan bulan mulia penuh keberkatan itu hanya berjaya apabila prinsip puasa Ramadan dapat diterjemahkan dalam bentuk pelaksanaan apabila tibanya bulan ramadhan al-mubarak nanti.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa surau, Mohd Ridzwan, sepanjang bulan Ramadhan ini selain solat tarawih, pelbagai aktiviti keagamaan telah dirancang bagi menyemarakkan lagi bulan yang mulia ini.

KITA KINI mengucapkan syabas dan tahniah dan Selamat Menyambuat Ketibaan Ramadhan al-Mubarak kepada semua penduduk Kg Tengkurus.

SAMAN EKOR TANGGUNGJAWAB BERSAMA

KITA KINI menyokong cadangan penambahbaikan atau pemansuhan terus dibuat ke atas saman ekor. Sekiranya hendak diteruskan tanpa membabitkan kegagalan memperbaharui cukai jalan dan insuran sebaliknya dihadapkan ke mahkamah.


Sebenarnya para pesalah lebih rela membayar saman ekor daripada membayar upah peguam. Pendekatan Polis Diraja Malaysia (PDRM) jadikan pengajaran disokong bagi menggalakkan pemandu lebih patuh kepada undang-undang. Bagaimanapun, menyenaraihitamkan kenderaan daripada memperbaharui cukai jalan dan insuran adalah kurang bijak dan takut-takut ianya menyalahi undang-undang. Bagi orang kampung yang hanya bergantung penuh kepada tanaman padi atau sebagainya, RM300  adalah satu jumlah yang sangat besar. Bahkan untuk mendapatkan RM 50 sebulan pun agak susah. KITA KINI berharap kerajaan Barisan Nasional (BN) dapat mengaplikasikan dasar kerajaan dibawah YAB PM kita iaitu ‘mendahulukan rakyat’ dalam menangani pelbagai isu.

Ramadhan datang lagi

Alhamdulillah atas nikmat Allah SWT, insyaallah dalam beberapa hari lagi kita menyambut bulan Ramadhan, marilah kita sama-sama melipatgandakan amalan kita dibulan yang mulia ini. KITA KINI mengucapkan ahlan ya ramadhan. Berikut adalah beberapa kelebihan bulan Ramadhan yang KITA KINI petik dari buku Fadilat Rejab, Syaaban, Ramadan oleh Budiman Radhi:-


Daripada Anas (r.a), Katanya: Bersabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba apabila melihat ia sehari bulan Ramadan lantas dia memuji Allah ( kerana kedatangan bulan rahmat dengan kelebihan dan keistimewaanya) kemudian dibacanya Al-Fatihah tujuh kali, melainkan diafiatkan Allah daripada sakit matanya pada bulan ini.

Kelebihan bulan Ramadan dan keagungannya dengan adanya malam Lailatul Qadar yang dirahsiakan, sehingga mendapat keampunan dan pahala serta darjat dan darjah tertinggi bagi orang yang berjaya mendapatkan malam Lailatul Qadar dengan dipenuhi amal ibadah dan bertaqwa kepada Allah, disamping sembahyangnya yang sunat , istiqfar, tasbih dan berzikir sepenuhnya.

Berkata Saidina Ali, Nabi (s.a.w) telah bersabda apabila engkau melihat sehari bulan maka bacalah olehmu "AllahuAkbar" 3 kali, kemudian bacalah :





(Segala kepujian bagi Allah yang telah menjadikan aku dan telah menjadikan engkau, dan telah menentukan bagi engkau pangkat-pangkat (darjah) dan telah menjadikan engkau tanda (kekuasaan) bagi sekalian alam) nescaya bermegah Allah akan Dia dengan malaikat dan firmanNya: Hai malaikat! saksikanlah kamu, bahwa Aku telah merdekakan daripada api neraka, atau dibacakan :



(Ya Allah, zahirlah Ramadan atas kami dengan keamanan dan keimanan dan dengan keselamatan dan keIslaman, Tuhanku dan Tuhan engkau Allah.)

Bersabda Nabi (s.a.w) : Bahawa syurga berlenggang-lenggang ia dan berhias dari setahun ke setahun kerana masuknya bulan Ramadan. Pada awal malam bulan Ramadan bertiup angin di bawah Arasy bergeraklah daun kayu lemah-longlainya di dalam syurga. Terdengarlah desiran daun-daun kayu, hembusan sang bayu syurga yang teramat indahnya.Seni rentak lagunya menawan seluruh perasaan nurani. Maka berhiaslah bidadari sekaliannya lalu berdirilah di atas puncak mercu syurga itu. Lantas bersuaralah bidadari : Adakah orang yang hendak meminang kami kepada Allah, kata bidadari pula: Apakah malam ini namanya? jawab Malek Ridwan (malaikat), Hai bidadari yang cantik manis, inilah malam awal Ramadhan, Lalu Allah berfirman: Hai Ramadan bukalah pintu syurga Bab AlJanan untuk orang-orang yang berpuasa daripada umat Muhammad (s.a.w). Hai Malek Ridwan tutuplah pintu neraka Al-Jahim daripada umat Muhammad (s.a.w), hai Jibrail belenggukan syaitan, lontarkannya ke dalam lautan supaya tidak membinasakan umat Muhammad akan puasanya. Maka berfirman Allah pada tiap-tiap malam Ramadan tiga kali : Adakah orang yang meminta ampun? Akan Aku ampunkan!

Pada malam Lailatul Qadar menyuruh Allah Ta'ala akan Jibrail Alaihisalam turun ke bumi, lalu turunlah Jibrail ke dalam perhimpunan malaikat ke bumi bersamanya bendera hijau lalu dipacakkan ke atas Kaabah, baginya 600 sayapnya , setengahnya tiada dibuka keduanya, melainkan pada malam Lailatul Qadar baharulah dibukakan keduanya, hingga sampai dari timur ke barat ( Musyriq Ke Maghrib ). Untuk menyelamatkan umat Muhammad, Lalu memberi salam kepada tiap orang yang berjaga pada malam Lailatul Qadar beribadah kerana mencari keredaan Allah, dan orang-orang yang duduk beribadah, orang yang sembahyang dan berzikir dan berjabat tangan sesama mereka mukmin dan mengucap amin doa orang-orang mukmin hingga terbit fajar subuh....... berkata para malaikat kepada Jibrail , apakah Allah berikan pada hajat orang mukmin dari umat Muhammad (s.a.w) pada bulan Ramadan ini? Berkata Jibrail bahawasanya Allah menilik kepada umat Muhammad yang berpuasa dan beribadah padanya dan dimaafkan mereka, diampunkan dosa-dosa mereka, melainkan empat orang yang tiada diampunkan dosanya: yaitu orang yang kekal minum arak, orang yang derhakakan ibubapanya, orang yang memutuskan sillaturrahim dan orang yang tidak bercakap dengan saudaranya lebih dari 3 hari.

Apabila pada malam akhir Ramadan dinamakan malam persalinan. Pada malam hari raya Aidilfitri didatangkan Allah malaikat kepada tiap-tiap negeri turunlah mereka ke bumi, berdiri pada permukaan jalan menyeru dengan suara yang kuat, semua mendengarnya kecuali jin dan manusia berkata mereka, hai umat Muhammad keluarlah kamu menghadap tuhan yang amat mulia (sembahyang raya di pagi raya) yang memberi pemberian yang berpanjangan dan mengampun akan dosa-dosa yang besar. Apabila tibalah umat Muhammad ke tempat sembahyang, firman Allah kepada maliakat : Hai malaikatKu, apakah balasan orang yang mengambil upah apabila selesai kerjanya ? Jawab malaikat , hai Tuhan kami, sempurnakanlah upahnya! Firman Allah bahawa Aku saksikan kamu hai malaikatku, telah aku jadikan pahala mereka dari puasa mereka pada bulan Ramadan mereka mendirikan sembahyang, ialah keredaanKu dan keampunanKu kepada mereka! Maka firmannya lagi : Hai segala hambaku, pohonlah kamu kepada ku, maka demi ketinggianku dan kebesaranku, tiada memohon kepadaku hari ini akak sesuatu bagi agamamu dan duniamu, melainkan Aku kurniakan kepadamu! (Al-Hadith).

Sabda Nabi (s.a.w) : Diberi kepada umatku lima perkara yang belum pernah diberi kepada umat-umat dahulu sebelumnya :

a) Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada kasturi di sisi Allah

b) Segala perbelanjaan dan derita lapar selama puasanya adalah syurga balasannya.

c) Diampunkan dosa-dosa mereka pada malam Lailatul Qadar.

d) Amalan yang dilakukan pada bulan Ramadan digandakan kepada 10 hingga 700 kali ganda, melainkan puasa maka ianya bagiKu, Aku balas kepadanya yang berkuasa menahan syahwatnya, makan minumnnya kerana Aku.

e) Dan mereka dikurniakan nikmat kepada mereka keseronokkan ketika berbuka dan ketika menemui tuhan di akhirat.(Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Menunaikan yang sunat diberi balasan pahala fardhu, dan amal fardhu diberi balasan 70 kali ganda. Bulan puasa adalah bulan sabar (sabar dalam berbuat taat kepadaNya.), dan sabar itu adalah syurga balasannya bulan ini dilebihkan rezeki kepada hambanya orang mukmin, diampunkan baginya dosa-dosa. Barang siapa memberi makan kepada orang berpuasa pahalanya seperti memerdekakan hamba dan diampunkan dosanya, berkata sahabat : Bagaimana kami tak sanggup memberi makan orang yang berpuasa (berbuka puasa) ya Rasullullah - Allah memberi pahala ini kepada orang yang memberi seteguk susu atau sebiji kurma atau segelas air, barang siapa kenyangkan orang berpuasa diampunkan Tuhan dosanya, diminumkan Tuhan dari kolam Hudh sejenis minuman yang tiada dahaga lagi kemudiannya hingga masuk ia ke syurga dan pahalanya seperti pahala orang berpuasa. (Al-Hadith)

Puasa menurut segala yang disuruh dan menjauh segala pantang larangannya, diampunkan dosanya, dan bertasbih, bertahlil dibinakan rumah indah dalam syurga.

Barang siapa hadir ke dalam majlis zikir pada bulan Ramadan, ditulis tiap langkahnya ibadat setahun, dan pada hari Qiamat bersamaku di bawah Arasy. Siapa tetap berjemaah dalam bulan puasa didirikan kota bercahaya indah, cemerlangnya , dan yang berbakti kepada ibubapanya Allah memandang rahmat kepadanya, dan isteri yang berbuat sesuatu mencari keredaan suaminya, maka pahala yang besar Allah kurniakan kepadanya , seperti Siti Maryam dan siapa yang menyampaikan hajat orang mukmin, Allah menunaikan seribu hajatnya, dan siapa bersedekah kepada fakir miskin (yang ada anak isteri) tiap langkah dikurniakan kepadanya seribu kebajikan, dihapuskan seribu kejahatan dan diangkatkan seribu darjat baginya. (Al-Hadith).

Orang yang sembahyang bulan Ramadan tiap sekali sujud, dikurniakan kepadanya 1700 kebajikan, dan dibinakan rumah didalam syurga daripada permata bagi orang yang berpuasa dan beribadat, 75000 malaikat meminta ampun baginya dari pagi hingga tenggelam matahari, dan dibina sebuah mahligai baginya . (Al-Hadith)

Pada hari Qiamat, Allah memerintah Malek Ridwan supaya dikeluarkan orang-orang berpuasa daripada kuburnya dengan keadaan lapar dan dahaga, lalu disuruh Malek Ridwan berikan segala keinginan mereka dari segala macam makanan dan minuman syurga. Maka Malek Ridwan memerintah kepada anak-anak membawa talam-talam makanan , minuman dan buah-buahan. Sebagai balasan berlapar di bulan Ramadan. (A-Hadith)

Orang mukmin yang tidur dalam bulan puasa kerana puasa Ramadan, dia membalikkan badannya sambil meyebut Allah! maka kata malaikat kepadanya : Rahimakallah (Allah Mencucuri Rahmat kepada kamu.)

- Apabila dia berdiri maka berdoalah hamparannya : (Wahai Tuhanku, kurniakanlah kepadanya hamparan permaidani tebal kepadanya di dalam syurga)

- Apabila memakai pakaian , berdoalah pakaian (Wahai Tuhanku, kurniakan kepadanya pakaian syurga)

- Apabila memakai kasut, berdoalah kasut (Wahai Tuhanku, tetapkanlah atas titian Siratul Mustaqim!)

- Apabila memegang timba berdoalah pula timba : (Wahai Tuhanku kurniakan kepadanya gelas syurga!)



- Apabila mengambil air sembahyang , berdoalah air itu : (Wahai Tuhanku sucikannya daripada segala dosa dan kesalahan!)



- Apabila berdiri sembahyang , berdoalah rumahnya: ( Wahai Tuhanku cahayakanlah kuburnya dan luaskanlah , lapangkanlah kuburnya!)



Serta menilik Allah kepadanya , maksudnya : HambaKu berdoa dan Aku menerima! (Al-Hadith)

Malaikat yang banyak muka bersujud kepada Allah pada hari Qiamat, satu muka sujud , satu muka melihat syurga, satu muka melihat neraka, satu muka melihat Arasy , lalu berkata malaikat itu : Wahai Tuhanku , ampunlah umat Muhammad, kasihanilah mereka! janganlah disiksa orang yang berpuasa Ramadan dari umat Muhammad! (Al-Hadith)



Keredaan Allah (bagi orang yang taat)

Keampuan Allah (bagi orang yang maksiat)

Jaminan Allah (bagi orang yang taat)

Kejinakan Allah (bagi orang yang tawakkal)

Anugerah Allah (bagi orang yang benar).

Ramadan, Ramada, ertinya : membakar - yakni menghapuskan dosa dosa orang yang berpuasa dan beribadat bulan Ramadan.

Ramadan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hambaNya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hambaNya yang benar benar melakukan ibadat kerana Nya pada bulan Ramadan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.



"Bahawa di dalam syurga terdapat bilik bilik, dilihat dari luar nampak di dalamnya dan dilihat dari dalam kelihatan di luarnya, berkata sahabat : untuk siapakah ya Rasulullah? Lantas Baginda menjawab : Ialah bagi orang yang baik percakapannya, bagi orang yang memberi makan makanan, bagi orang yang sentiasa berpuasa, bagi orang yang sembahyang di tengah malam sedang manusia banyak tidur." (Al Hadith)



"Semulia mulia sedeqah ialah sedeqah pada bulan Ramadhan." (Al Hadith)



"Puasa itu perisai dan sedeqah itu memadam kesalahan dosa sepertimana air memadamkan api." (Al Hadith)



"Siapa memberi makan ( berbuka puasa) kepada orang puasa makan baginya seumpama balasan pahala orang yang berpuasa dengan tidak kurang sedikitpun ." (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tiada daripada seorang hamba berpuasa Ramadan, diam tiada berkata yang sia sia dan daripada yang haram dan yang makruh, dan sentiasa menyebut Allah (berzikrullah), menghalalkan yang dihalalkan Allah, mengharamkan akan yang diharamkan Allah, tiada mengerjakan kejahatan, melainkan sehingga berakhir Ramadan, telah diampunkan baginya segala dosanya, dan tiap tasbih, tiap tahlil, dibinakan sebuah rumah yang terindah di dalam syurga daripada permata zamrud, di dalamnya daripada yaqut merah indah, di dalam rangka permata itu (yaqut) terdapat sebuah khemah, di dalamnya terdapat bidadari ( hurul ain isteri syurga). Terhias dengan permata bercahaya indah yang menerangkan bumi seluruhnya.(Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawasanya bagi Allah beberapa kejadianNya, dijadikan mereka supaya menyampaikan segala hajat orang dan supaya orang meminta tolong kepada Nya, pada menyempurnakan segala hajat yang diperlukan, mereka itulah orang yang aman daripada siksa Allah (Riwayat At Tibrani) (Al-Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Bahawa pintu langit dan pintu syurga dibuka pada awal Ramadan hingga akhir malam Ramadan, tiap orang yang bersembahyang pada malamnya dituliskan baginya tiap satu sujud 1700 kebajikan, dibina rumah baginya di dalam syurga daripada yaqut merah indah, baginya 70 pintu daripada emas yang bertatah yaqut permata yang merah, orang yang berpuasa pada awal Ramadan diampunkan segala dosanya hingga ke akhir bulan Ramadan, dibinakan baginya tiap tiap hari sebuah mahligai di dalam syurga, mempunya 1000 pintu daripa emas, dan meminta ampun baginya 70 000 malaikat dari pagi hingga tenggelam matahari (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Kelebihan hari Jumaat pada bulan Ramadan atas segala hari yang lainnya seperti kelebihan Ramadan atas segala bulan (Al Hadith)

Barangsiapa mengerjakan ibadat pada bulan Ramadan dengan keimanannya dan ikhlasnya kerana Allah, maka di ampunkan segala dosanya yang telah lalu (Al Hadith)

Sabda Nabi (s.a.w) : Tidur orang yang berpuasa itu adalah ibadat, dan nafasnya itu adalah tasbih, doanya itu mustajab, dosanya diampunkan Allah, dan amal ibadatnya dilipatgandakan . (Al Hadith)

Apabila berakhir bulan Ramadan, menangis wali-wali Allah kerana terpisahnya bulan yang paling mulia yang digandakan ibadat berlipatkali ganda daripada bulan bulan yang lainnya, bulan Allah mudah menerima ampun taubat hambaNya, bulan yang banyak sekali diturun rahmat ke alam, bulan yang terdapat padanya malam Lailatul Qadar, suatu rahmat dan rahsia yang dikurniakan kepada hamba hamba Nya yang salihin, yang tidak terdapat pada bulan bulan yang lainnya. Mereka menangis kerana belum tentu akan dapat menemui bulan termulia ini pada tahun tahun hadapan, kiranya dipanjangkan umur.

Apabila berakhirlah malam bulan Ramadan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi, dan segala malaikat, jerana berlalu Ramadan berlalulah kelebihan, sebab musibah bagi umatku, dan duduk segala malaikat bagi musibah, orang bertanya : Ya Rasullullah, apa itu musibah ? Jawab rasullullah (s.a.w), Kerana segala doa padaNya itu mustajab, sedakah makbul, segala kebajikan digandakan dan siksa kubur diangkat, maka apakah musibah yang terlebih besar daripada ini bagi umatku?! (Al-Hadith)

Malam Lailatul Qadar adalah malam rahsia, yang turunnya padanya malaikat Jibrail dan beberapa malaikat dengan perintah Allah. Orang yang berjaga dengan malam ibadatnya untuk mendapatkan malam Lailatul Qadar yang terahsia itu yang tidak diketahui oleh manusia, hanya orang-orang solihin yang hampir, orang berusaha mendapatkan malam mulia itu dengan berjaga malam pada sepuloh malam Ramadan yang terakhir maka diampunkan tuhan segala dosanya. Di pahalakannya dengan banyak , dirahmatkannya dengan limpah kurnia. Dan orang-orang solihin yang dikurniakan Allah mendapat malam Lailatul Qadar itu satu keberuntungan kebahagiaan bagi akhirat, mendapat keampunan dan rahmat terbesar, mendapat pimpinan Allah dalam hatinya, mendapat keredaan Allah dalam hidupnya dunia dan akhirat.

Malam Aidilfitri, malam raya, disunatkan kepada kita berjaga malam, beribadah, bertakbir "AllahuAkbar" sepanjang malamnya. Akan mendapat keampunan yang banyak, pahala yang besar, rahmat Allah tercurah kepadanya. Siapa yang menghidupkan dua malam raya (AidilFitri & AidilAdha) dengan ibadatnya dan takbirnya , tiada dimatikan hatinya pada hari yang dimatikan segala hati. (Al-Hadith).